KKM Jangka Kes Meningkat Akibat Banjir

Berikutan bencana banjir yang melanda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19.

kkm jangka kes meningkat akibat banjir

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah, ia selepas saringan yang dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatatkan sebanyak 181 kes positif.

“Hasil saringan setakat jam 11 pagi hari ini antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), W Persekutuan Kuala Lumpur (4),” katanya menerusi satu kenyataan di Twitter.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM mengesan sebanyak 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di PPS banjir di enam negeri di Semenanjung.

Terangnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif.
“KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” kata Khairy.

 

Sumber: [1]