KFC Raikan Legenda P. Ramlee Dengan Menu Tribut, Nasi Kandar

Perginya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih tiada pengganti.

kfc raikan legenda p. ramlee dengan menu tribut, nasi kandar

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menawan hati orang ramai menerusi cetusan pelbagai filem dan lagu miliknya yang menghiburkan tanpa mengira umur, bangsa, agama dan kesemua hasil karyanya itu kekal segar dalam ingatan dan masih dekat di seluruh rakyat Malaysia sehingga hari ini.

kfc raikan legenda p. ramlee dengan menu tribut, nasi kandar

Seorang anak kelahiran Penang, P. Ramlee juga dikenali sebagai seorang penggemar Nasi Kandar yang cukup sinonim dengan penduduk negeri itu.

kfc raikan legenda p. ramlee dengan menu tribut, nasi kandar

Bahkan dalam filem terakhirnya, iaitu Laksamana Do Re Mi, Nasi Kandar turut diketengahkan dalam salah satu adegan yang menunjukkan begitu sukanya Allahyarham terhadap juadah ini.

kfc raikan legenda p. ramlee dengan menu tribut, nasi kandar

Bersempena itu, KFC muncul dengan menu baru dan ekslusif yang dilancarkan untuk waktu terhad sebagai satu tribut khas buat legenda negara ini.

kfc raikan legenda p. ramlee dengan menu tribut, nasi kandar

“P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi kaya dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee – gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Burger P. Ramlee secara rasminya dilancarkan esok di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia.

Ia boleh didapati melalui pelbagai pilihan: (1) À la Carte, (2) Kombo, (3) Set Legenda, dan (4) Kombo Ikon.