Jururawat Sanggup Tinggal 9 Bulan Dalam Karavan Kerana Khuatir Ibunya Dijangkiti COVID-19

jururawat sanggup tinggal 9 bulan dalam karavan kerana khuatir ibunya dijangkiti covid-19

Virus COVID-19 benar-benar menguji kita sebagai manusia. Lebih membimbangkan apabila virus ini boleh merebak dengan beitu pantas.

Seorang jururawat, Sarah Link yang bekerja di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), London telah bertekad untuk tinggal di dalam caravan. Tindakannya itu adalah sebagai usaha untuk menjaga ibunya yang sudah berusia 84 tahun.

Beliau telah mendiamkan kenderaan itu bersama suaminya, Gary. Mereka telah memarkir kenderaan tersebut pada laluan masuk rumah mereka di Cradley, England.

Bagaimanapun, selepas dari bulan Mac berada di dalam caravan, ibu Sarah telah menerima vaksin dan beliau dan Gary telah kembali semula ke rumah mereka.

Pasangan tersebut telah membeli caravan itu dengan harga RM3,300 pada Mac 2020 apabila pandemik ini mula meletus.

Sarah telah berkhidmat di Hospital Ratu Elizabeth, Brimingham selama 17 tahun dan Gary pula merupakan seorang peniaga yang menjual ikan.

Sumber: KOSMO