Jungkook BTS Dan Lee Yoo Bi Nafi Bercinta

Selepas timbul khabar angin yang mengatakan ahli BTS iaitu Jungkook dan Lee Yoo Bi bercinta, agensi kedua-dua selebriti tersebut lantas menafikan laporan tersebut.

jungkook bts dan lee yoo bi nafi bercinta

Khabar angin itu timbul selepas seorang YouTuber yang menyiarkan kandungan tentang bintang K-Pop memuat naik video yang mendakwa dua bintang itu sedang berpacaran.

Menurut video itu, Lee Yoo Bi merupakan seorang peminat Jungkook.

Tidak ketinggalan, abang Jungkook dan adik perempuan Lee Yoo Bi turut mengikuti satu sama lain di media sosial selain kedua-dua selebriti itu dikatakan sering mengenakan pakaian dan gelang yang sepadan.

Tambah YouTuber itu lagi, Jungkook dikatakan seorang lelaki yang ideal buat Lee Yoo Bi yang pernah mengatakan dia menyukai lelaki yang mempunyai mata cantik.

27 Disember lalu, agensi Lee Yoo Bi, Y-Bloom Entertainment mengulas, “Itu khabar angin tidak berasas. Berita temu janji Lee Yoo Bi dan Jungkook tidak masuk akal. Mereka tidak pernah bertemu, dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dalam kalangan ahli BTS, Lee Yoo Bi mengenali Suga, tetapi itu sudah lama dahulu. Kami tidak tahu sama ada mereka berhubung sekarang.”

Pada hari sama, label Jungkook iaitu Big Hit Music turut menyatakan bahawa adalah tidak benar Jungkook sedang bercinta dengan Lee Yoo Bi dan sebarang siaran berniat jahat dan menjatuhkan serta maklumat palsu berkaitan BTS akan diambil tindakan undang-undang.

 

Sumber: [1]