‘Jung Hyuk & Se Ri' Bakal Bersatu Dalam Kehidupan Nyata, Hyun Bin Umum Kahwin Dengan Son Ye Jin

Bintang drama Crash Landing On You, iaitu Son Ye Jin dan Hyun Bin dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tidak lama lagi.

‘jung hyuk & se ri' bakal bersatu dalam kehidupan nyata, hyun bin umum kahwin dengan son ye jin

Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, pelakon jelita itu berkongsi gambar gaun pengantin kecil sambil mencoret, “Ia berlaku secara semulajadi… Tetapi, bukankah itu takdir? Hanya dengan dia, saya rasa hangat dan dilindungi.”

Sementara itu, agensi Hyun Bin juga berkongsi gambar yang mana pelakon tampan itu dilihat memegang tangan Son Ye Jin bersama nota tulisannya.

“Mungkin ramai yang sudah meneka, kan? Memang betul. Saya telah membuat keputusan penting perkahwinan dan berhati-hati mengambil langkah ke arah tahap kedua dalam hidup saya.

“Saya telah membuat janji ini dengan wanita yang selalu membuat saya ketawa untuk sentiasa berjalan bersama di hari-hari yang mendatang. ‘Jung Hyuk dan Se Ri’ yang bersama dalam drama itu akan mengambil langkah pertama bersama pada masa hadapan,” katanya sambil merujuk pada watak yang dimainkan oleh mereka berdua dalam Crash Landing On You.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta lebih dari setahun itu dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan mereka di Seoul pada Mac dalam upacara peribadi.


Sumber: [1]