Jung Ho Yeon Lepasi Song Hye Kyo, Kini Pelakon Korea Kedua Paling Banyak Pengikut Di Instagram

Gara-gara penangan siri drama Squid Game, Jung Ho Yeon kini menjadi pelakon Korea dengan jumlah pengikut kedua tertinggi di Instagram.

jung ho yeon lepasi song hye kyo, kini pelakon korea kedua paling banyak pengikut di instagram

Terdahulu, pelakon yang juga model itu mempunyai kira-kira seramai 400,000 pengikut.

Tetapi, angka tersebut meningkat hingga 30 kali ganda menjadi 12.6 juta pengikut hanya dalam jangka dua minggu tayangan siri drama itu.

Berikutan itu, Jung Ho Yeon kini mengalahkan Song Hye Kyo yang kini mempunyai lebih dari 12 juta pengikut di Instagram, selain mengejar Lee Sung Kyung yang memegang gelaran pelakon Korea yang paling banyak diikuti di laman tersebut dengan lebih dari 12.9 juta pengikut.

 

Sumber: [1]