Bintang Running Man, Jun So Min mendedahkan dia pernah membalas dendam dengan cara yang tersendiri terhadap bekas kekasihnya!
Menerusi episod terbaru Running Man, anggota Running Man dan para tetamu harus meneka hasil tinjauan yang menanyakan siapa dalam kalangan mereka yang kemungkinan akan ‘membalas dendam tidak kira bagaimanapun caranya jika seseorang melukai perasaan mereka’.
Kesemua anggota Running Man kemudian segera menyeru nama Jun So Min.
“Ketika membalas dendam, saya tidak mengatakan apa-apa di hadapan orang itu. Saya menunggu sehingga saya merancang semuanya dengan teliti, sebelum benar-benar melakukannya dalam jangka masa yang panjang,” kata So Min.
Lanjutnya, “Suatu ketika, ketika zaman orang ramai masih menggunakan fon telinga berwayar, saya pernah berasa sangat marah pada seseorang sehingga saya melepaskan kabel fon telinga mereka yang dibungkus dengan rapi dan sengaja membelitnya. Itulah jenis dendam yang saya lakukan.”
Kemudian, So Min menambah, “Memikirkannya sekarang, balas dendam terbesar saya adalah bekerja keras dan benar-benar aktif dalam industri seperti ini,” sebelum berpaling pada kamera dan bertanya, “Apakah anda menonton ini? Saya akan terus melakukannya sehingga setiap kali anda menghidupkan TV, wajah saya akan muncul di skrin anda,” ujar So Min bersahaja sambil merujuk kepada bekas kekasihnya itu.
Sumber: [1]