Jumlah Kes Positif COVID-19 Cecah 100 Juta Di Seluruh Dunia

jumlah kes positif covid-19 cecah 100 juta di seluruh dunia

Selepas lebih setahun pandemik COVID-19 menyerang dunia, akhirnya kes kumulatif COVID-19 telah melepasi 100 juta kes di seluruh dunia.

Penambahan tersebut terjadi selepas terdapat ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam. Seingga kini, jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 100.06 juta di seluruh dunia.

Berdasarkan data dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat menjadi negara terjejas teruk apabila negara itu merekodkan 25.38 juta kes. India pula melaporkan 10.67 juta kes dan Brazil di tangga ketiga dengan 8.87 juta.

Rusia, United Kingdom dan Perancis berada di dalam kelompok dengan tiga juta kes. Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia pula mencatatkan 2 juta kes.

Malaysia pula tergolong dalam negara yang mencatatkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sumber: Astro Awani