Jumlah Kematian Akibat COVID-19 Melepasi 2.74 Juta

Angka korban COVID-19 dilaporkan telah melepasi 2.74 juta dari serata dunia.

jumlah kematian akibat covid-19 melepasi 2.74 juta

Menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal di tangga tertinggi dengan jumlah kematian melebihi 545, 000 kes.

Negara kedua yang merekodkan kematian tertinggi ialah Brazil dengan lebih daripada 300, 000 kematian, dan diikuti Mexico, India dan United Kingdom yang merekodkan lebih 100, 000 kematian masing-masing.

Sementara itu, negara yang merekodkan kematian melebihi 50, 000 termasuk Itali, Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Argentina dan Afrika Selatan.

Poland, Peru, Indonesia, Ukraine dan Turki pula tergolong antara negara yang mencatatkan antara 30, 000 hingga 50, 000 angka korban.

Tidak ketinggalan, negara seperti Kanada, Belgium dan Romania pula melihat lebih daripada 20, 000 jumlah kematian akibat COVID-19.

Selebihnya, kebanyakan negara lain merekodkan jumlah kematian tidak melebihi 20, 000.

 

Sumber: [1]