Anjung Spotter adalah tempat ataupun spot untuk tengok kapal terbang berlepas dan mendarat di KLIA. Dikatakan ramai pengunjung yang teruja dengan spot ini kerana dapat melihat secara dekat segala aktiviti dan pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dibuka sejak 17 jun 2019.
Anjung Spotter menjadi tumpuan kepada peminat kapal terbang. Tempat ini boleh memuatkan 40 orang dan setiap pengunjung dapat merakam dan mengambil gambar bersama kapal terbang ketika perlepasan atau mendarat.
Anjung Spotter menjadi destinasi yang perlu dikunjungi pelancong yang tiba di KLIA. Kawasannya sebesar 10 kilometer persegi dan dikatakan spot yang strategik untuk bergambar dengan pesawat. Tempat ini akan menjadi tarikan pelancong yang terkenal seperti di Perth, Australia iaitu Frankfurt, Jerman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Amerika Syarikat.
Kalau dulu , orang akan parking kereta di tepi jalan, tetapi selepas pembinaan Anjung Spotter ini, ianya lebih selamat dan selesa untuk pengunjung datang bersama keluarga dan kawan kawan untuk melihat pemandangan kapal terbang.
Kalau korang belum pernah ke sini, boleh la plan di hujung minggu ini. J
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: freemalaysiatoday