Jom Lah Kongsi Kisah Puasa Korang Dengan SYOK Puasa Sana Sini

jom lah kongsi kisah puasa korang dengan syok puasa sana sini

Puasa tahun ni memang betul-betul berbeza kan? Bukan sekadar tak ada bazar Ramadan, kita juga tak boleh nak tunaikan solat sunat terawih secara jemaah di masjid, tak boleh buka puasa ramai-ramai dan macam-macam lagi lah.

Jadi, korang mesti ada kisah puasa yang menarik untuk tahun ini. So, kami nak ajak korang semua berkongsi kisah puasa korang tu dengan SYOK Puasa Sana Sini. Korang boleh kongsi cerita dengan mengisi form di https://bm.syok.my/special/syok-puasa-sana-sini/home.

Bukan tu je, kalau korang nak upload kisah Ramadan korang tu dekat media sosial jangan lupa sertakan hashtag #PuasaSanaSini. Pastikan media sosial korang dalam mode public supaya senanglah kami nak semak.

Tak kisah lah cerita apa pun. Kisah pertama kali memasak dan tak jadi ke, kisah terlambat bangun sahur ke, kisah kelam kabut menyediakan berbuka puasa kea tau apa-apa sahaja, kongsi je. Bukan selalu kita dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan orang lain kan? Jadi, apa lagi, hantarkan kisah korang ok!