Jin BTS Selamat Jalani Pembedahan Jari Telunjuk

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Jin BTS kini pulih daripada pembedahan selepas mengalami kecederaan pada bahagian jarinya.

jin bts selamat jalani pembedahan jari telunjuk

Berita tersebut dikongsikan Bighit Music, label rekod BTS menerusi platform dalam talian Weverse pada 19 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, tulis mereka, “Jin tercedera jari telunjuk kirinya semasa aktiviti hariannya dan dibawa ke bilik kecemasan di hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan pada hari Jumaat.

“Dia berunding dengan doktor dan diberitahu bahawa dia memerlukan pembedahan kerana sebahagian tendon di jarinya telah rosak.”

Tambah label terbabit, Jin, 29, telah menjalani pembedahan untuk membaiki extensor di jari telunjuk kirinya pada petang Jumaat dan dibenarkan keluar dari hospital pada pagi Sabtu.

“Jin akan memberi tumpuan kepada rehat dan rawatan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan meneruskan aktivitinya dalam keadaan sihat.”

 

Sumber: [1]