Jessie J dan Channing Tatum Kembali Bersama Selepas Sebulan Berpisah

jessie j dan channing tatum kembali bersama selepas sebulan berpisahDunia hiburan Hollywood terkejut apabila mendengar khabar tentang pelakon Channing Tatum telah kembali menjalinkan hubungan bersama penyanyi Britain, Jessie J.

Ada sumber yang mengatakan bahawa mereka mahu berpisah pada walnya dan ingin membawa haluan sendiri tetapi akhirnya mereka kembali semula.

Walaupun mereka tidak menunjukkan kemesraan di tempat awam tapi mereka berada dalam mood yang baik dan baru-baru ini mereka nampak bahagia meluangkan waktu bersama.

Pasangan ini mula bercinta sejak Oktober 2018, namun berita dikhabarkan mereka putus hubungan pada 19 Disember yang lalu.

Mereka kelihatan mesra dan bahagia meluangkan msa bersama di sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

Betul kata pepatah, kalau dah jodoh pasti ada jalannya.

Sumber: E! News