Jessi Ungkap Erti Kuat & Cara Atasi Masa Sukar

Penyanyi rap Korea, Jessi cukup sinonim dengan personalitinya yang ‘tough’.

jessi ungkap erti kuat & cara atasi masa sukar

Namun di sebalik perwatakannya yang sering kelihatan kuat itu, Jessi mengaku bahawa dia juga pernah melalui masa-masa sukar yang menjadikan dirinya yang sekarang.

Dalam temu bual baru-baru ini, dedah Jessi, “Saya hampir tidak mempunyai sebarang hari cuti. Saya jenis yang tidak pandai berehat. Apabila saya berehat, saya mula memikirkan terlalu banyak. Saya seorang ‘workaholic’ yang suka melakukan banyak kerja. Bekerja ketika orang lain sedang tidur membuatkan saya berasa bangga.”

Mengulas mengenai imejnya, Jessi mengatakan bahawa dia melihat dirinya sebagai seorang kakak yang ‘kuat’. “Kakak yang ‘kuat’ yang berani mengatakan apa yang dia mahu katakan sambil menjaga batas dan membaca persekitaran, serta merupakan seorang yang boleh bangkit semula selepas melakukan kesilapan atau terjatuh. Saya juga banyak jatuh. Saya juga pernah menjadi kacau dan melakukan kesilapan. Namun, anda perlu belajar sesuatu daripada itu dan bangkit untuk menjadi orang yang kuat.”

Tambahnya lagi, “Memandangkan saya hidup bersendirian sejak kecil, saya menjadi jenis orang yang tidak mudah bercakap tentang perasaan mereka. Apabila saya mengalami kesukaran, saya meraung. Saya mempunyai keperibadian yang jujur di mana saya menangis apabila saya mahu menangis, ketawa apabila saya mahu ketawa, dan marah apabila saya mahu marah.”

 

Sumber: [1]