Jepun Tawar Insuran Khas Untuk Mangsa Buli

Di Jepun, insuran khas untuk mangsa buli telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Yell.

jepun tawar insuran khas untuk mangsa buli

Foto: Freepik

Berdasarkan kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan Budaya, Sukan dan Sains Jepun, terdapat 410,000 kes buli melibatkan murid sekolah di negara Matahari terbit itu.

BACA: Parents Di Korea Selatan Guna Perkhidmatan Ini, Elak Anak Daripada Dibuli

Yuran bulanan insuran buli itu ditawarkan pada harga AS$24 (RM100.50) dan ia merangkumi bantuan guaman dan juga yuran perubatan sekiranya mangsa mengalami kecederaan akibat dibuli.

Peguam juga akan membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti.

Dengan adanya insuran ini, peguam syarikat akan meneruskan tuntutan undang-undang sekiranya anak-anak kepada pemilik insuran ini dibuli.

Jika perkhidmatan ini berjaya di Jepun, syarikat-syarikat lain dari seluruh dunia dijangka akan menawarkan perkhidmatan yang sama tak lama lagi.