Jepun Nak Laksanakan Undang-Undang Tak Boleh Main Phone Sewaktu Berjalan

jepun nak laksanakan undang-undang tak boleh main phone sewaktu berjalan

Sebenanya annoyingkan kalau orang berjalan sambil tengok phone ni. Kadang-kadang kita pula kena masuk kawasan orang lain untuk elak dia berjalan yang tengok depan.

Sebab tu lah pegawai di bandar Yamato di Jepun telah menyerahkan bil kepada wakil bandar itu agar melaksanakan undang-undang untuk melarang pejalan kaki bermain telefon.

“Jumah pengguna smatphone meningkat dengan mendadak begitu juga dengan jumlah kemalangan” kata pegawai bandar Masaaki Yasumi kepada AFP.

“Kami berharap dengan undang-undang ini dapatlah memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan bahaya.” Katanya.

Poster dengan mesej berkaitan undang-undang tersebut akan dinaikan untuk memakluman kepada penduduk bandar tersebut.

Uish, bagus juga undang-undang ni kan? Sepatutnya kena ada juga dekat tempat-tempat lain.

Sumber: Channel News Asia