Jepun Disirami Cahaya Bunga Api Lambang Sokongan Kepada Rakyat Melawan COVID-19

jepun disirami cahaya bunga api lambang sokongan kepada rakyat melawan covid-19

1 Jun baru-baru ini, Jepun telah menyalakan bunga api di seluruh bandarnya sebagai tanda sokongan kepada rakyat untuk terus bertahan melawan COVID-19.

Lebih 160 pengilang menyalakan bunga api secara serentak pada jam 8 malam waktu tempatan di beberapa kawasan yang dirahsiakan di seluruh negara. Bunga api tersebut menyala selama lima minit dan digelar “Cheer up Hanabi”  Sorakan Bunga Api.

Dengan pelbagai festival tradisional telah dibatalkal, para artis bunga api mahu memberi cahaya kepada langit saat waktu-waktu gelap sebegini.

Biarpun perniagaan bunga api mereka telah terjejas akibat COVID-19, namun mereka tetap berbincang bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu kepada masyarakat agar mereka terus bersemangat melawan wabak tersebut.

 

Sumber: The Star