Jepun Dilanda Gempa Bumi Kuat, Empat Maut

Jepun merekodkan sekurang-kurangnya empat angka kematian akibat gempa bumi selepas ia dilanda gempa bumi 7.4 pada skala Ricter di bahagian timur laut Jepun tengah malam Rabu.

jepun dilanda gempa bumi kuat, empat maut

Kejadian itu juga mencederakan lebih 100 yang lain serta memutuskan bekalan elektrik berjuta-juta rumah.

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda pantai wilayah Fukushima timur Jepun lewat malam Rabu, mengorbankan dua orang dan mencederakan lebih 100 yang lain, serta memutuskan bekalan elektrik berjuta-juta rumah.

Salah seorang mangsa maut ialah seorang lelaki berusia 60-an yang tinggal di bandar Soma, kata pejabat pencegahan bencana tempatan pada Khamis.

Sebelum ini, wilayah sama pernah musnah akibat gempa bumi kuat dan tsunami 11 tahun lalu yang mengakibatkan keruntuhan loji tenaga nuklear.

Amaran tsunami telah dikeluarkan selepas gempa bumi Rabu untuk wilayah pantai Fukushima dan Miyagi, tetapi telah ditarik balik pada pagi Khamis dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata “tiada keabnormalan” telah dikesan di mana-mana loji nuklear negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut mempunyai kedalaman pusat gempa awal 60 kilometer (37 batu).

Ia memberi amaran tentang ketinggian tsunami mencecah hingga 1 meter di atas paras pasang surut biasa, dengan ombak awal mencapai pantai sekitar tengah malam waktu tempatan.

Kira-kira sejam setengah selepas gempa bumi melanda, tsunami 8 inci berlaku di sepanjang garis pantai wilayah Miyagi Jepun, menurut agensi itu, justeru menggesa orang ramai yang berada di kawasan terjejas supaya menjauhi pantai.

Dalam pada itu, sebuah kereta api peluru tergelincir berhampiran Fukushima akibat gempa bumi tetapi tiada kecederaan dilaporkan, kata Kishida.

Menurut penyiar awam NHK, 78 orang terperangkap selama empat jam selepas kereta api berkelajuan tinggi itu tergelincir, tetapi melarikan diri tanpa cedera melalui pintu keluar kecemasan.

Penduduk yang cedera akibat gempa telah dikejarkan ke hospital di bandar Soma di Fukushima, lapor agensi Berita Kyodo, tanpa menyatakan bilangan orang yang cedera.

Bekalan elektrik di Tokyo bagaimanapun telah berjaya dipulihkan, menurut Tokyo Electric Power.


Sumber: [1] [2]