Jennie BLACKPINK Dilihat Berpelukan Dengan The Weeknd Di Amerika Syarikat

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Jennie BLACKPINK meluangkan masa bersama penyanyi The Weeknd dan Jaden Smith sekitar minggu lalu di Amerika Syarikat.

jennie blackpink dilihat berpelukan dengan the weeknd di amerika syarikat

Pertemuan tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya besar dalam kalangan peminat sekiranya ketiga-tiga penyanyi itu bakal berkolaborasi untuk menghasilkan lagu bersama.

Dalam beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial, kelihatan Jennie sedang berpelukan dengan The Weeknd.

Turut kelihatan sama di lokasi itu ialah anak kepada pelakon Will Smith, yang juga seorang penyanyi iaitu Jaden Smith.

jennie blackpink dilihat berpelukan dengan the weeknd di amerika syarikat

Terdahulu, para peminat mengesyaki Jennie dalam proses bekerjasama dengan penyanyi Doja Cat dan Normani kali terakhir dia diketahui melawat Amerika Syarikat.

Selepas melakukan kemunculan di Minggu Fesyen Paris, Jennie kemudian kembali ke Los Angeles dan dipercayai akan tinggal di sana untuk suatu tempoh yang lama.

Pada 2018, Jennie menjadi ahli BLACKPINK pertama yang debut sebagai artis solo dengan lagu berjudul “SOLO”.

Lagu tersebut menerima sambutan luar biasa yang mana selepas hampir tiga tahun, ia berjaya mengumpulkan lebih 700 juta jumlah tontonan di YouTube.

 

Sumber: [1]