Jenama Fesyen Terkenal Keluar Gelang Bernilai RM2k, Netizen Kata Mirip Pengapit Hos Keluli

Bukan biasa-biasa apabila jenama fesyen terkemuka, Balenciaga mengeluarkan cetusan terbaru mereka iaitu seutas gelang yang berbentuk seakan-akan pengapit hos keluli dan menjualnya pada harga kira-kira RM2,745.

jenama fesyen terkenal keluar gelang bernilai rm2k, netizen kata mirip pengapit hos keluli

Ia kemudian menjadi tular terutama dalam kalangan netizen yang mengatakan mereka boleh mendapat barangan yang sama hanya dengan membeli pengapit hos keluli.

Gelang yang dimaksudkan itu ialah Balenciaga Tool Bracelet.

Ia mempunyai dua versi warna iaitu putih dan perak.

Seperti yang dilaporkan oleh Hypebeast, gelang itu diinspirasikan daripada alatan enjin kereta yang reka bentuknya mengikut pengapit.

Di laman web Balenciaga, gelang itu pada mulanya dijual pada harga AS$950 (RM3,997).

Bagaimanapun harganya kini dilaporkan telah menurun kepada AS$659 (RM2,774).

 

Sumber: [1]