Jay Park Bakal Buka Agensi Baru Untuk Buat Idol Group

Selebriti Korea Selatan, Jay Park dilaporkan akan melancarkan kumpulan idolanya yang tersendiri pada masa akan datang.

jay park bakal buka agensi baru untuk buat idol group

Sebelum ini, Jay Park mengumumkan bahawa dia akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua AOMG dan H1GHER MUSIC.

Bagaimanapun, menurut sumber dari industri, Jay Park dikatakan kini sedang berusaha untuk mewujudkan label baharu bagi melancarkan kumpulan idola yang mana Kakao Entertainment, khususnya, dijangka bakal membuat pelaburan besar di dalamnya.

Susulan itu, 11 Januari lalu, Kakao Entertainment menjawab persoalan tersebut dengan berkata, “Jay Park adalah seorang artis yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang sebagai penyanyi dan penerbit, dan kami sedang membincangkan pelbagai jenis perkongsian perniagaan, tetapi tiada apa yang telah disahkan secara khusus.”

 

Sumber: [1]