Baru-baru ini viral adan kecoh di media sosial dengan satu kejadian melibatkan mereka yang maut akibat tidur di dalam kereta.
Ok, kami nak kongsikan kenapa tidur di dalam kereta sangatlah bahaya!
Menurut portal Drive Spark, apabila tidur di dalam kereta dalam keadaan tertutup maka gas racun jenis karbon monoksida boleh terbentuk. Malah, gas ini tidak perlukan jumlah yang banyak pun untuk membunuh. Gas ini terhasil daripada bahan bakar kerana oksigen tidak mencukupi.
Oleh itu, jika terlalu terdesak untuk tidur di dalam kereta, buka tingkap supaya pengaliran udara dapat berlaku dengan baik.
Antara tips lain yang korang boleh ikut adalah jangan sesekali tidur dengan keadaan enjn kenderaan terpasang. Kemudian, pastikan sistem ekzos diperiksa dan diselenggara secara berkala.
Sumber: Drive Spark