Hati- hati dengan berita palsu!
Kita sekarang ni bukan je tengah berperang dengan virus Covid-19 tapi virus berita palsu yang cepat merebak dalam kalangan masyarakat.
Terbaru di Johor, seorang lelaki ditahan polis sebab sanggup reka cerita dan sebarkan di media sosial kononnya 14 ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19.
Dia gunakan cerita palsu tu semata-mata nak dapatkan sumbangan atau derma daripada orang ramai.
Sejak bulan Jun cerita palsu tu disebarkan, derma yang dapat dikutip cecah RM91,000!
Tak dinafikan orang Malaysia ni memang pemurah dan cepat tersentuh lagi-lagi melibatkan kematian dan Covid-19 sekarang ni.
Tapi tak sangka ada orang yang sanggup ambil kesempatan di atas keprihatinan orang lain untuk kaut keuntungan.
Kalau betul-betul susah atau terkesan dengan pandemik Covid-19 sekalipun, menipu bukan jalan penyelesaiannya.
Ada banyak lagi jalan halal yang boleh diusahakan.
Ingat, setiap perbuatan kita pasti ada balasannya di kemudian hari.
Tapi bagi mereka yang betul-betul kehilangan orang tersayang akibat Covid-19, ada Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kendalian NADMA disediakan.
Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 melibatkan warga tempatan di Malaysia saja boleh mohon bantuan khas ni tau.
Melalui bantuan ni, wang tunai RM5,000 secara sekali bayar akan diberikan kepada waris si mati.
Sebarang maklumat permohonan boleh layari laman web di sini 😊
Oleh: Izzati Amir