Sebelum ni kita berpeluang untuk lihat keindahan kejadian alam berkaitan bulan seperti Worm’s Moon dan Pink Moon pada bulan April lalu.
Untuk pengetahuan korang, fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon akan terjadi buat kali keempat. Namun, apa yang menyedihkan adalah ini merupakan yang terakhir untuk tahun ini.
Jadi, kepada peminat fenomena bulan besar jangan lepaskan peluang untuk saksikan fenomena ala mini sekitar jam 7.18 malam ini. So, sambil buka puasa tu boleh lah tengok bulan, ye dak.
Berdasarkan National Aeronautics and Space Administration, fenonema ni bukan berlaku dekat Malaysia je. Malah ia dapat dilihat bermula hari Selasa sehingga lah Jumaat, 8 Mei.
Apa yang menariknya tentang Super Flower Moon ni, kita dapat lihat bulan purnama mengambang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa. Wow!
Jadi, jangan lepaskan peluang!