Jangan Kunyah Ais, Tak Elok!

jangan kunyah ais, tak elok!

Ramai di antara kita suka mengunyah ais, lagi lagi kalau order teh ais atau teh o ais kat kedai mamak di waktu panas terik. Kadang-kadang ia menjadi tabiat atau habit untuk mengunyah ais.

Kalau makan makanan yang pedas atau mulut terasa kering mesti nak kunyah ais. Tetapi kalau korang nak tahu, mengunyah ais adalah tabiat yang tidak elok dan boleh menyebabkan masalah kesihatan tertentu.

Dikatakan mengunyah ais boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi. Tabiat ini boleh merosakan gigi, menipiskan lapisal enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan mudah pecah. Ketagihan ini boleh mengurangkan pengambilan makanan justeru menyebabkan kekurangan zat makanan atau malnutrisi.

Ais bersifat tajam dan ia boleh mencederakan mulut, bibir, lidah dan gusi. Menguyah ais di tempat awam juga adalah tabiat yang buruk kerana ia boleh menganggu orang sekeliling (annoying).

Walaupun ais ada kebaikan tertentu seperti mengurangkan sakit bengkak, keradangan, sakit mulut dan loya tetapi ia ada keburukan juga. So korang dah boleh stop untuk mengunyah ais, buang tabiat itu dan banyakkan minum air suam.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: hijabista