Korang semua mesti ada gajet lama yang dah tak digunakan kan? Kalau ada, jangan sesekali buang. Sebab kalau korang buang benda tu ia akan menyebabkan masalah alam sekitar.
Sebenarnya, korang boleh guna gajet lama tu dengan beberapa cara. Nak tahu macam mana? Haa ni kami nak kongsikan.
1. Jadikan telefon lama atau tablet sebagai kamera keselamatan
Kalau korang ada telefon pintar atau tablet yang still boleh guna tapi dah outdated, korang boleh jadikan alat tersebut sebagai kamera keselamatan.
2. Jadikan sebagai pusat media
Selalunya nak install aplikasi media banyak-banyak mesti makan banyak space kan. Jadi, gunakan je tablet atau phone lama korang tu sebagai pusat media. So, storage untuk telefon bar utu dapatlah dijimatkan.
3. Jadikan sebagai buku elektronik
Sekarang ni dah banyak ebook yang menarik. Malah, korang boleh jimat ruang dekat rumah kalau baca ebook. So, gunakan phone lama tu untuk menjadi simpanan ebook.
Sumber: WIRED