Jangan Buang Barang Elektronik Yang Rosak Sesuka Hati, Ini Cara Nak Hapuskannya

jangan buang barang elektronik yang rosak sesuka hati, ini cara nak hapuskannya

Korang pernah dengar tak tentang “E-waste’ tak?

Mungkin term ni baru lagi bagi korang dan kita semua. E-waste bermaksud barang-barang elektronik yang dah rosak dan dah tak boleh guna lagi dah seperti TV, PC, pendingin udara, mesin basuh dan peti ais.

Actually barang-barang ni boleh dikitar semula. Kalau korang buang merata-rata tempat, benda ni akan memberi kesan yang besar kepada alam sekitar.

Jadi, kita perlu bekerjasama untuk mengurangkan masalah alam sekitar dengan menghantar barang-barang yang dah rosak ni dekat tempat pengumplan barang-barang ni.

Setiap negeri ada tempat pengumpulan tau. Korang boleh rujuk dekat sini.

Tapi, kalau korang nak tahu lagi tentang E-waste ni korang boleh rujuk laman web www.doe.gov.my