James Corden Memandu Kereta Dalam Carpool Karaoke Atau Tidak?

james corden memandu kereta dalam carpool karaoke atau tidak?Seorang pengguna Twitter memuat naik video yang kelihatan James Corden menaiki kereta bersama Justin Bieber untuk satu episod Carpool Karaoke yang dikenali dan digemari ramai.

Tetapi yang menarik perhatian peminat adalah James Corden sebenarnya tidak memandu kereta. Malah kereta itu sedang ditarik oleh sebuah trak.

james corden memandu kereta dalam carpool karaoke atau tidak?

Ramai peminat memberi respon bahawa mereka rasa tertipu dengan kejadian tersebut.

Namun kenyataan telahpun dikeluarkan bahawa James Corden selalu memandu dalam episod Carpool Karaoke. Tetapi jika episod tersebut ada perkara yang mungkin membahayakan artis jemputan dan hos, mereka akan melakukan seperti yang dilihat dalam video pengguna Twitter tersebut.

Malah, James Corden sempat buat lawak jenaka di Twitter berkenaan insiden ini.

Jadi korang jangan terlampau kecewa, banyak je episod Carpool Karaoke yang betul-betul James Corden memandu kereta.

Sumber: E! News