Pengguna media sosial perlu lebih peka dan sensitif dengan sebarang posting yang dibuat melibatkan ‘3R’ iaitu 'Royalty, Religion, Race'.
SKMM kini pantau penyebaran maklumat palsu dan kenyataan jelik yang menyentuh institusi diraja, agama dan sensitiviti kaum.
Tambah-tambah lagi dengan pengumuman PKP dan darurat yang dibuat baru-baru ini.
Jaga-jaga anda diperhatikan!
Kalau didapati bersalah, individu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali!
Tak berbaloi langsung kalau kena bayar denda RM50,000 atau masuk penjara disebabkan tindakan kita yang tak peka dengan sensitiviti di media sosial.
Kalau nak bagi padangan atau komen boleh, tapi tolonglah gunakan bahasa yang sopan dan berhemah.
Jadilah pengguna media sosial yang menulis menggunakan akal bukannya nafsu, okay!
P/S: PKP dah start, luangkan masa bersama yang tersayang di rumah dengan aktiviti yang berfaedah, jangan asyik dengan gajet je! #kitajagakita
Oleh: Izzati Amir