Jaga-Jaga, Bahaya! Pemuda Ini Temukan Kamera Tersembunyi Dalam Penyegar Udara Di Bilik Air Hotel

Kita selalu terdengar cerita kurang menyenangkan mengenai kamera tersembunyi yang sering diletakkan secara senyap-senyap di dalam tandas, hotel dan sebagainya.

jaga-jaga, bahaya! pemuda ini temukan kamera tersembunyi dalam penyegar udara di bilik air hotel

Sememangnya, berhati-hati merupakan satu langkah keselamatan yang harus diambil kira kerana ternyata, situasi sebegitu tidak memilih mangsa.

Sama seperti kes yang dialami pemuda Indonesia ini yang mana dia berjaya menangkap kewujudan kamera tersembunyi di dalam sebuah hotel yang didiaminya.

Tetapi, lokasi kamera tersembunyi itu diletakkan sememangnya tidak dijangka dan mengejutkan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, coret pemuda tersebut, “Berhati-hati korang jika anda ingin mendaftar masuk.”

Dalam video yang telah ditonton lebih 5 juta kali itu, pemuda tersebut menunjukkan tin penyegar udara di sudut tandas, berhampiran pasu.

Semakin dia menghampiri penyegar udara itu, semakin jelas kelihatan lubang kecil.

Apabila dibuka, ternyata terdapat kamera tersembunyi yang mana pemuda itu segera menutupnya kembali dan meletakkannya di tempat asal.

Sememangnya, ini merupakan peringatan buat kita semua agar berhati-hati agar memeriksa tempat seperti tandas awam terlebih dahulu sebelum menggunakannya, kerana boleh jadi, ia diletakkan dengan kamera tersembunyi di sebalik penjuru yang mungkin kita tidak perasan.

 

Sumber: [1]