JYP Umum Akan Lancarkan Girl Group Baru Tak Lama Lagi

Syarikat hiburan gergasi Korea, JYP Entertainment mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan kumpulan gadis terbarunya tidak lama lagi.

jyp umum akan lancarkan girl group baru tak lama lagi

26 Januari lalu, JYP Entertainment secara rasmi mengumumkan nama kumpulan gadis yang terdiri daripada tujuh ahli itu, ia dikenali sebagai NMIXX.

Tahun lepas, JYPE telah memperkenalkan ketujuh-tujuh ali tersebut menerusi beberapa siri video tarian dan cover.

Pada ketika itu, JYPE menyatakan bahawa kumpulan gadis itu bakal merangkumi anggota Kyujin, Jiwoo, BAE, Jinni, Sullyoon, Haewon dan Lily.

Mereka bakal melakukan debut pada Februari 2022 ini.

 

Sumber: [1]