Memandangkan virus COVID-19 ni sangat mudah dijangkiti walaupun hanya dengan sentuhan, jadi Itali telah menggunakan alternative tersendiri untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus tersebut.
Tommy, merupakan nama bagi robot yang digunakan oleh sebuah hospital di Itali untuk merawat pesakit COVID-19. Fungsinya lebih kurang seorang jururawat dan tak perlu risau soal berjangkit.
Size robot ni sama macam budak kecil. Robot ni ada mata yang boleh berkelip dan dia menyusur dengan roda untuk masuk bertemu dengan pesakit. Tommy ditempatkan di sebelah katil pesakit. Jadi, doktor boleh lah memberi tumpuan kepada mereka yang mempunya masalah lebih serious.
Fungsi robot ni adalah diorang boleh monitor peralatan di dalam bilik pesakit. Kemudian, mereka juga boleh merakam mesej dari pesakit untuk disampaikan kepada doktor. Wow, mudahkan!
Tapi yang paling penting, Tommy telah membantu pihak hospital dengan mengurangkan sentuhan dengan pesakit. Jadi, tak perlu nak risau sangat soal jangkitan.
Rasanya, semua hospital kena ada benda alah ni lah. Bukan sahaja memudahakn urusan malah lebih menjaga keselamatan.
Sumber: Reuters