Macam-macam lah kisah rumah tangga ni. Ini pula kisah seorang wanita di Uttar Pradesh, India yang mahu bercerai dengan alasan suaminya terlalu penyayang dan tidak pernah bertengkar.
Berdasarkan laporan tabloid The Week, wanita itu telah menuntut perceraian di mahkamah hanya selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.
Alasan yang paling pelik wanita tersebut berikan adalah dia rimas apabila suaminya tidak pernah memarahinya dan tidak pernah rasa kecewa biarpun wanita itu melakukan kesilapan beberapa kali.
"Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga.
“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya... saya pelik," katanya.
Bukan itu sahaja, tindakan suaminya yang sering bersetuju dengan semua cadangannya juga menjadi sebab dia tidak mahu lagi meneruskan lagi kehidupan rumah tangganya.
What!!! Macam ni pun boleh ke? Hermmm
Sumber: Astro Awani