'Iron Man' Unfollow Semua Rakan Marvel Di Instagram. Dorang Dah Tak Geng Ke?

Pelakon Robert Downey Jr yang turut dikenali ramai sebagai Iron Man atau Tony Stark mengejutkan ramai peminat Marvel setelah beliau didapati berhenti mengikuti kesemua bintang Marvel Cinematic Universe di Instagram.

'iron man' unfollow semua rakan marvel di instagram. dorang dah tak geng ke?

Ia sekali gus membuatkan pengikut filem francais adiwira popular itu menjadi tertanya-tanya sekiranya pelakon berusia 56 tahun itu telah memutuskan hubungannya bersama teraju filem francais berserta segala hal berkaitan Marvel.

Berikutan itu,

Dalam pada itu, Downey kini hanya mengikuti 43 akaun di Instagram peribadinya yang mana kesemua akaun tersebut dikenal pasti bukan milik rakan-rakan pelakonnya.

Terdahulu, Downey pernah memainkan 10 filem francais keluaran Maarvel Cinematic Universe dan memegang watak sebagai Tony Stark dan Iron Man.

Biarpun wataknya sebagai hero ditamatkan dalam Avengers: Endgame, bagaimanapun masih terdapat sebilangan peminat Marvel yang membuat spekulasi bahawa Downey akan kembali ke dalam siri adiwira itu lagi.

Dalam perkembangan lain, Black Widow yang merupakan francais terbaru daripada Marvel Cinematic Universe kini sedang ditayangkan di serata pawagam United Kingdom.

 

Sumber: [1]