Iphone 12 Akan Lancar Pada 14 Hari Bulan Ni? Betul Ke?

iphone 12 akan lancar pada 14 hari bulan ni? betul ke?

Nampaknya semua orang dah ternanti-nanti, bila lah Iphone 12 nak dilancarkan kan?

Ok, bagi penggemar teknologi Apple telah pun mengeluarkan tarikh pelancaran peranti baru mereka. Menurut INDEPENDENT, majlis tersebut akan diadakan pada 13 October ni pada jam 10 pagi mengikut waktu pasifik tempatan. Jadi, kalau kat Malaysia dalam 14 haribulan lah.

Selalunya, jualan iPhone akan bermula seminggu selepas mereka mengadakan majlis pelancaran. Jadi, kalau ikutkan iPhone akan mula dijual pada 23 Oktober. Cumanya, dekat Malaysia kena lah sabar sikit.

Mengikut poster yang berlegar-legar di merata tempat, para peramal teknologi meramalkan iPhone 12 mungkin mendapat akses internet 5G. Ini kerana pada bahagian poster terdapat ayat “Hi, Speed”.

Tapi, nak tahu lebih lanjut, kena lah tunggu. Tak sabarnya!

iphone 12 akan lancar pada 14 hari bulan ni? betul ke?

Sumber: INDEPENDENT