Ini Sebab Penting Mengapa Kena Basuh Baju Yang Baru Dibeli

ini sebab penting mengapa kena basuh baju yang baru dibeli

Ini Sebab Penting Mengapa Kena Basuh Baju Yang Baru Dibeli

Tidak semestinya baju yang baru adalah baju yang bersih. Pastikan cuci dulu baju yang baru dibeli sebelum pakai. Kita tak tahu macam mana pembuatan sehelai baju dan keadaan kilang.

Tikus, lipas dan serangga ada saja di merata tempat di kilang. That’s why its so important untuk cuci baru yang baru sebelum memakai kerana kita tak tahu kalau kain terkena kencing atau beraknya.

Buang habit beli baju baru dan terus pakai. Tak rugi pun kalau cuci baju dulu , hilang bau kedai je. Apabila nak beli baju baru selalunya orang akan cuba di bilik persalinan. Namun, bilik persalinan pun boleh menjadi tempat penyebaran kuman. Ia boleh memindahkan kutu, kudis, bakteria dan kulta dari seseorang ke seseorang apabila pakaian tersebut dicuba.

Pakaian baru mempunyai kemasan kimia Formaldehid Urea yang berfungsi sebagai agen untuk meningkatkan kualiti warna atau tekstur pakaian. Untuk kulit yang sensitive boleh mengalami ruam dan gatal gatal expecially di kawasan ketiak, kolar, peha dan bahagian pinggang. Jadi sebab tu lah kena basuh baju baru setiap kali beli.

Anda harus mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan diri dengan mencuci pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya.

Oleh: Khalie Azmi

Su,ber: mingguanwanita