Taman tema Genting SkyWorlds telah pun membuka pintunya bersempena dengan pra-pelancaran pada 8 Februari 2022 lalu dengan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas harga tiket penuh sehingga 31 Mac ini!
Khusus untuk mereka yang mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Genting SkyWorlds, kali ini SYOK ingin berkongsi enam perkara penting korang perlu tahu sebelum berkunjung ke taman tema ini!
Kapasiti taman Genting SkyWorlds dalam tempoh pra-pelancaran adalah terhad. Maka, para pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu dan mendapatkan tiket seawal mungkin untuk mengelakkan kekecewaan. Para pengunjung boleh menempah tiket mereka dengan mudah secara atas talian di laman web rasmi www.gentingskyworlds.com atau melalui aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds (tersedia untuk dimuat turun melalui Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery*).
*Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun di Huawei App Gallery bermula April 2022
Aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds adalah penting untuk kunjungan anda ke taman tema ini. Dengan adanya maklumat masa nyata (real-time), aplikasi ini membolehkan para pengunjung untuk mengemudi dan menikmati tarikan-tarikan di taman ini secara efektif. Anda juga boleh mengetahui masa menunggu bagi permainan, tarikan dan persembahan, serta menerima tawaran dan baucar promosi. Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, perkhidmatan foto, dan mencari lokasi kemudahan yang disediakan.
Aplikasi ini juga turut diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ) – satu perkhidmatan tempahan dan perancangan jadual kunjungan. Ciri ini membolehkan para pengunjung untuk membuat tempahan bagi tarikan dan permainan yang terpilih sebelum dan pada masa kunjungan mereka ke Genting SkyWorlds. Pengalaman VQ juga membolehkan para pengunjung untuk:
- membuat pra-tempahan ruang waktu yang diingini untuk permainan dan tarikan,
- mencipta dan menyunting kumpulan masuk bersama bagi pemegang tiket berkumpulan,
- melihat jadual kunjungan yang dicadangkan berdasarkan pilihan peribadi, dan
- menerima notifikasi masa nyata untuk tempahan, dan banyak lagi.
Setelah memperolehi tiket dan memuat turun aplikasi Genting SkyWorlds, tibalah masa untuk merancang kunjungan anda. Bagi memaksimumkan masa anda di Genting SkyWorlds, gunakan aplikasi itu untuk membiasakan diri dan mengenal pasti permainan dan tarikan yang anda minati.
Terdapat pelbagai cara untuk anda ke Genting SkyWorlds. Bagi mereka yang datang dari Lembah Klang, cara yang terpantas adalah menaiki kereta. Anda boleh meletakkan kereta anda di SkyAvenue dan ikuti papan tanda seterusnya untuk ke taman tema. Antara cara-cara mudah yang lain untuk ke pusat peranginan tersebut adalah melalui perkhidmatan bas, e-hailing atau kereta kabel Awana SkyWay dari Genting Highlands Premium Outlets. Nikmati pemandangan udara taman tema yang menakjubkan dari kereta kabel, satu pengalaman yang tidak harus dilepaskan!
Untuk menikmati Genting SkyWorlds dengan sepenuhnya, para pengunjung harus memakai pakaian yang selesa dan kasut tertutup. Anda dinasihatkan untuk membawa bersama sehelai jaket atau kardigan untuk cuaca sejuk di Genting Highlands. Anda juga dinasihatkan membawa persalinan tambahan kerana ada permainan yang mungkin menyebabkan anda basah kuyup! Kemudahan tempat simpan barang peribadi yang selamat juga tersedia untuk disewa.
Sila ambil maklum bahawa makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam taman tema. Namun begitu, Genting SkyWorlds juga menawarkan beraneka pilihan makanan dan minuman untuk memenuhi pelbagai citarasa, keperluan pemakanan dan bajet.
Genting SkyWorlds adalah sebuah taman tema yang menggunakan pembayaran tanpa tunai. Maka, sediakan Genting e-Wallet anda untuk membuat sebarang pembelian. Anda juga boleh menyediakan e-Wallet anda melalui aplikasi mudah alih Resorts World Genting atau gunakan GeMCard untuk membuat pembelian di Genting SkyWorlds. Kiosk e-Wallet juga disediakan di dalam taman tema untuk pembelian baharu, tambah nilai dan/ atau pemulangan wang. Genting SkyWorlds juga menerima cara pembayaran tanpa sentuh seperti,
- Kad kredit / debit
- Pembayaran QR atau E-wallet yang disediakan oleh T’nG, Alipay, WeChat, Maybank, Grab Pay dan Boost Pay.
- Utamakan keselamatan!
Genting SkyWorlds mengutamakan kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan semua pengunjungnya. Taman tema ini dibuka untuk pengunjung yang telah mendapat vaksinasi penuh. Pengunjung berumur 12 tahun dan ke bawah yang belum divaksinasi dan daripada keluarga serumah dibenarkan masuk ke taman tema dengan ditemani oleh pengunjung yang telah menerima vaksinasi penuh. Untuk memastikan kunjungan yang lancar dan menyeronokkan, para pengunjung harus mematuhi semua peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka pada sepanjang masa, mengimbas kod QR MySejahtera untuk pengesanan kontak, menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau tanpa tunai serta mengamalkan penjarakkan fizikal.
Akhir sekali, ini adalah panduan yang paling penting dan paling mudah untuk diikuti. Dibina dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Genting SkyWorlds bakal membawa anda satu pengalaman yang mengujakan dan melangkaui imaginasi ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan. Walaupun dalam tempoh pra-pelancaran, masih terdapat banyak tarikan untuk dinikmati di dalam suasana cuaca dingin yang unik ini. Jom bebaskan diri anda dari realiti!
Mulakan pengembaraan anda yang mengujakan di www.gentingskyworlds.com!