Sempena dengan Hari Emoji Sedunia pada Sabtu lalu, Laporan Trend Emoji Global 2021 mendedahkan senarai emoji yang paling kerap digunakan penduduk dari serata dunia.
Berdasarkan laporan tersebut yang meninjau kira-kira 7,000 pengguna dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Perancis, emoji “😂” secara rasminya merupakan emoji yang paling popular di dunia!
Sementara itu, emoji “👍” pula berada di kedudukan kedua, diikuti dengan emoji “❤️” di tempat ketiga.
Tidak ketinggalan, emoji “😘” dan “😢” pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima sekali gus melengkapkan lima emoji teratas yang paling disukai pengguna emoji seluruh dunia.
Sebagai tambahan, menurut kajian sama, sebilangan besar pengguna emoji (90%) mempercayai bahawa penggunaannya memudahkan mereka untuk mengekspresikan diri.
Sementara itu, 89% daripada responden yang terlibat mengatakan pengguna emoji memudahkan komunikasi tanpa mengira bahasa manakala 67% pula berpendapat orang yang menggunakan emoji adalah lebih mesra dan lucu berbanding dengan mereka yang tidak menggunakan emoji.
Tidak ketinggalan, 76% daripada mereka yang ditinjau pula mengatakan emoji adalah alat komunikasi penting bagi mewujudkan perpaduan, rasa hormat dan persefahaman manakala 88% berpandangan mereka berasa lebih empati terhadap orang yang menggunakan emoji.
Sumber: [1]