Media sosial sering digunakan sebagai tempat untuk mempamerkan gaya hidup mewah terutama dalam kalangan selebriti dan influencer.
Amalan tersebut bagaimanapun tidak lagi dapat dilakukan di China susulan kerajaan negara tersebut melarang selebriti dan influencer daripada memaparkan kekayaan atau kemewahan mereka dalam apa jua bentuk sekali pun di media sosial.
Dasar tersebut dibuat untuk memperbaiki industri hiburan dan kumpulan peminat di negara itu.
Seperti yang dilaporkan oleh Business Insider, Agensi Kawal Selia, Penapisan, Pengawasan dan Kawalan Internet Pusat China mengumumkan pada Selasa lalu bahawa selebriti dan akaun kelab peminat media sosial mesti mematuhi peraturan dan adat awam yang baik.
Di samping itu, ia juga perlu dipatuhi untuk meningkatkan orientasi pendapat dan nilai umum, selain menyokong nilai sosial dan mengekalkan gaya dan cita rasa yang sihat.
Dasar ini dibuat berikutan berlakunya banyak skandal dalam kalangan selebriti dan komuniti peminat dalam talian di China sehingga menyebabkan gangguan sosial dalam masyarakat.
Selain itu, kerajaan China turut memandang budaya selebriti dan mengejar kekayaan mereka sebagai akibat daripada pengaruh budaya Barat yang dikatakan kurang sihat.
Sumber: [1]