Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno mendedahkan bahawa jumlah pelancong di Bali meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak negara tersebut menjalankan insiatif yang mendorong orang awam untuk bekerja dari pulau tersebut.
Langkah yang telah pun diambil sejak Januari tahun ini, bertujuan untuk membantu pelancongan domestik yang terkesan akibat COVID-19, ternyata berhasil.
Menurut Sandiaga, “Kami bermula pada Januari, dan kami melihat ini meningkatkan keberkesanan kami dalam menghidupkan kembali pelancongan di Bali. Dari sekitar 2,500 pengunjung setiap hari, ia meningkat menjadi sekitar 7,000 hingga 7,500 pengunjung, tiga kali ganda lebih tinggi.”
Sebagai kesinambungan terhadap kejayaan itu, kerajaan Indonesia baru-baru ini mencetuskan pula idea terbaru yang mungkin bakal melibatkan satu per empat daripada penjawat awam dari tujuh kementerian untuk turut serta dalam program Work From Bali, bermula suku ketiga 2021.
Sumber: [1]