Mereka yang melakukan ujian kendiri COVID-19 untuk diri sendiri, pasangan atau anak layak menerima pelepasan cukai hingga RM1,000 bawah peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah, ia terkandung bawah pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023,” katanya.
Tambahnya, pindaan tersebut turut memasukkan peruntukan perbelanjaan bagi pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.
Sumber: [1]