Individu 20-an Paling Ramai Dijangkiti Covid-19, Ini Mungkin Antara Sebabnya..

Baru-baru ni, KKM dedahkan individu yang berumur 20 hingga 29 tahun paling ramai dijangkiti Covid-19 sejak Januari lepas.

Takut jugak dengar sebab kalau ikutkan tahun lepas, individu yang berumur 50-an paling ramai dijangkiti Covid-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohd Hazizi Mohd Hasani berpendapat mereka yang berumur 20-an ni tergolong dalam kumpulan umur pekerja.

individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..

So, mereka ni berisiko dijangkiti virus Covid-19.

Kalau kita tengok laporan Covid-19 setiap hari, ada je kluster baru melibatkan tempat kerja.

Faktor lain juga mungkin disebabkan gaya hidup mereka yang lebih aktif bersosial berbanding kumpulan umur lain.

individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..

Yela muda-muda ni banyak je aktiviti nak buat, bersukan, shopping, keluar dengan kawan-kawan, macam-macam lagi lah.

Lagi satu, kebanyakan golongan berumur 20-an mempunyai sistem imun yang sihat, so kalau dijangkiti Covid-19, mereka tak menunjukkan sebarang simptoms.

Bila takde simptoms ni bahaya tau sebab mereka tak sedar yang mereka telah dijangkiti Covid-19.

Aktiviti seharian pun diteruskan seperti biasa dan akhirnya berjangkit lah dengan orang lain.

individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..

Pesan Dr Mohd Hazizi, sebab itu lah semua golongan tanpa mengira umur perlu patuh kepada SOP dengan disiplin yang tinggi.

Kita tak tahu siapa yang dijangkiti atau tidak.

#kitajagakita #lindungdirilindungsemua

 

Oleh: Izzati Amir