India Catat Kes COVID-19 Terendah Selepas 238 Hari Sebanyak 12,428

India merekodkan sebanyak 34,202,202 kes COVID-19 pada Selasa lalu selepas 12,428 kes baru didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir di negara tersebut.

india catat kes covid-19 terendah selepas 238 hari sebanyak 12,428

Menurut kementerian kesihatan negara tersebut dalam satu kenyataan, jumlah tersebut merupakan jumlah terendah yang pernah dicatatkan negara tersebut dalam tempoh 238 hari terakhir.

Isnin lalu, India mencatatkan 365 kematian akibat COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah kematian sebanyak 455,068.

Setakat semalam, sebanyak 163,816 kes aktif COVID-19 direkodkan di negara tersebut dengan penurunan sebanyak 3,879 kes aktif berbanding dengan tempoh 24 jam sebelum itu.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, sebanyak 33,583,318 pesakit telah berjaya disembuhkan dan dibenarkan keluar dari hospital.

 

Sumber: [1]