Ibu Sanggup Gali Lubang Untuk Mengeluarkan Anaknya Dari Penjara

ibu sanggup gali lubang untuk mengeluarkan anaknya dari penjara

Seorang ibu berusia 51 tahun telah ditahan selepas tertangkap sedang mengorek lubang untuk membebaskan anaknya dari penjara di Ukraine.

Perkara itu dilaporkan oleh stesen TV TSN melalui Daily Mail pada 3 Ogos lalu. Menurut laporan, anaknya dipenjara seumur hidup kerana terlibat dalam jenayah pembunuhan.

Apa yang mengujakan ialah wanita itu sanggup menyewa sebuah rumah berhampiran dengan penjara tersebut. Malah, dia telah mula mengorek lubang berhampiran dengan rumahnya.

Ketika wanita itu ditahan, dia telah menggali lubang sedalam 10 kaki. Laluan itu sepanjang 35 kaki dan hanya sempat berakhir pada dinding penjara sahaja.

Menurut laporan pihak berkuasa, wanita itu berjaya menyembunyikan dirinya dengan berada di dalam rumah sepanjang hari. Dia hanya akan mula menggali lubang pada malam hari.

Pihak berkuasa mula berasa curiga apabila penjaga penjara itu terperasan akan sebuah troli dan beberapa kayu dengan roda kecil untuk memindahkan tanah yang digalinya. Kemudian, wanita itu membuang kotoran pada garaj kosong yang berada di situ.

Sumber: The Star