Seorang ibu di Indonesia menjadi tular di komuniti media sosial selepas dia didapati menangis ketika dalam perjalanan kereta api.
Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik pengguna @ichsan_oe, jelas kelihatan ibu yang bersendirian itu menangis teresak-esak di tempat duduk penumpang.
Seorang kakitangan kereta api tersebut menghampiri ibu tersebut bagi menenangkannya,
Dalam video tersebut, kakitangan kereta api itu mengatakan bahawa dia sudah lama terlihat ibu tersebut menangis, sejak dari awal perjalanan lagi.
Setelah diselidik, rupanya ia disebabkan ibu tersebut baru sahaja menerima berita sedih mengenai anaknya yang telah meninggal dunia.
“Pagi ini ada penumpang saya, menangis teresak-esak sejak dari masuk ke kereta api hingga ke tempat duduknya.
“Dia juga sibuk dengan telefon bimbitnya, nampaknya dia memanggil seseorang. Ternyata dia baru mendapat berita bahawa anak kesayangannya meninggal dunia,” coretnya pada video tersebut.
Sejurus mengetahui berita sedih yang menimpa ibu tersebut, beberapa kakitangan kereta api itu segera menghampirinya bagi menzahirkan ucapan takziah.
Mereka juga menawarkan ibu tersebut agar beransur ke bilik kru kabin untuk membuatkan dia berasa lebih selesa, namun dia menolak.
“Segera, saya dan kru menghampirinya hanya untuk mengucapkan takziah dan menawarkan diri untuk pergi ke bilik kru kabin,” katanya.
Tidak hanya terhenti di situ, mereka juga menghulurkan minuman suam kepada ibu tersebut untuk terus menenangkannya.
Salah seorang kakitangan kereta api terbabit kemudian turut memeriksa sekiranya terdapat penumpang lain yang akan menduduki tempat bersebelahan dengan ibu tersebut, yang mana setelah diperiksa, ternyata akan ada penumpang dari stesen dari.
Namun, mereka berjaya menggerakkan penumpang tersebut ke tempat duduk lain bagi menyelesakan kedua-dua belah pihak.
“Alhamdulillah, penumpang bersedia untuk sama selesa. Tangisan tidak terganggu dan mungkin sang ibu memerlukan ketenangannya,” tambahnya.
Tindakan kakitangan kereta api itu telah berjaya membuat ramai warganet tabik.
Sejak video tersebut dimuat naik, ia telah ditonton lebih dari 6 juta pengguna di laman TikTok.
Sumber: [1]