Satu kajian menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai risiko mortaliti atau kadar kematian yang lebih rendah apabila anak-anak mereka mengasihi dan menghargai mereka. Manakala, yang kurang kasih sayang pula mempunyai risiko mortaliti yang lebih tinggi.
"Hubungan yang gembira dan sihat memainkan peranan sebagai perlindungan dalam kesihatan dan kesejahteraan untuk mereka yang dah berumur," kata Mengting Li, seorang penyelidik di Universiti Rutgers.
via GIPHY
Sokongan dari kewangan itu perlu, tapi kasih sayang, rasa hormat dan perhatian memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan atau menurunkan risiko kematian.
Kajian dilakukan terhadap 3,021 responden berbangsa Amerika Cina dengan usia rata-rata 73 tahun yang memiliki sekurang-kurangnya seorang anak.
"Program pendidikan membantu memupuk sikap dan tingkah laku kanak-kanak supaya mereka lebih rasa hormat dan menghormati ibu bapa yang semakin tua untuk mengukuhkan peranan sebagai perlindung keluarga," kajian itu menyimpulkan.
Jadi, jika anda mahukan ibu bapa anda panjang umur, sayangilah mereka. Betul, ajal dan maut di tangan Tuhan tapi emosi kedua orang tua kita memainkan peranan penting dalam mempengaruhi risiko mortaliti.
Sumber