IKEA Dah Tak Jual Bateri Alkali Yang Tidak Boleh Dicas Semula Bermula Oktober 2021

ikea dah tak jual bateri alkali yang tidak boleh dicas semula bermula oktober 2021

Untuk menyelamatkan alam sekitar serta dompet pengguna, IKEA telah mengambil keputusan untuk menghentikan bateri alkali yang tak boleh dicas semula, ALKALISK. Tapi, IKEA tampil dengan rangkaian bateri yang boleh dicas semula sehingga 500 kali dan dikenali sebagai LADDA IKEA.

So, dengan adanya LADDA yang merupakan bateri hidrida logam nikel (NiMH), korang dah tak payah nak beli banyak-banyak kali. Habis je power, korang boleh cas dan guna semula sehingga 500 kali. Banyak kan?

Dengan cara ni, perkara ini bukan sahaja menyelamatkan dompet pengguna tetapi juga mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. So pencemaran pun dapat dikurangkan dalam masa yang sama.

Selain itu, kalau korang semua mula beralih menggunakan LADDA, alam sekitar dapat diselamatkan dengan pengurangan sisa global sebanyak 5,000 tan setahun. Perghhh banyak tu.

Jadi, sama-sama lah kita beralih ke LADDA demi menjaga alam sekitar dan dompet kita.

ikea dah tak jual bateri alkali yang tidak boleh dicas semula bermula oktober 2021