Hukuman Penjara Seungri Dipendekkan

Bekas penyanyi BIGBANG, Seungri dilaporkan telah dikurangkan hukuman penjaranya kepada 18 bulan daripada tiga tahun pada asalnya.

hukuman penjara seungri dipendekkan

27 Januari lalu, saluran media Korea Selatan melaporkan bahawa Mahkamah Tentera Tinggi Kementerian Pertahanan di Seoul telah mengadakan perbicaraan rayuan terakhir untuk Seungri, berhubung penglibatannya dalam skandal Burning Sun.

Semasa perbicaraan, hukuman penjara bekas bintang K-Pop itu didakwa dikurangkan separuh iaitu daripada tiga tahun kepada 18 bulan.

Selain itu, Seungri juga didakwa telah menjalani kira-kira lima bulan daripada hukuman sedia ada, dan dia dilaporkan akan dibebaskan dari penjara dalam masa setahun jika semakan hukumannya dimuktamadkan.

Hasil perbicaraan pada Ogos 2021 lalu menyaksikan Seungri menerima hukuman penjara tiga tahun serta perintah daripada mahkamah untuk membayar ₩1.15 bilion (kira-kira RM3,994,074) daripada dana kelab malamnya dan hasil perjudian.

Sebelum perbicaraan rayuan baru-baru ini, Seungri juga telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa semua pertuduhan dan penglibatannya dalam skandal Burning Sun dalam semua perbicaraan lalu.

Bagaimanapun, dakwaan pengurangan hukumannya kononnya tiba berikutan Seungri kini dilaporkan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya, bersama dengan ungkapan niat rasmi untuk merenung tindakan dan pertuduhannya.

Terdahulu, Seungri terpalit dengan kontroversi kelab malam Burning Sun pada 2019 yang melibatkan beberapa nama besar dalam industri hiburan Korea.

Selain Seungri, penyanyi Jung Joon Young dan Lee Jong Hyun CNBLUE serta bekas ahli Highlight Yong Jun Hyung turut dikaitkan dengan kontroversi itu.

 

Sumber: [1]