Hokkaido Dilanda Gelombang Kedua Selepas Menarik Balik Perintah Berkurung

hokkaido dilanda gelombang kedua selepas menarik balik perintah berkurung

Kepulauan Jepun, Hokkaido dilaporkan telah dilanda gelombang kedua COVID-19 selepas menarik balik perintah berkurung.

Kawasan utara Hokkaido telah menarik balik perintah tersebut pada 19 Mac dan membolehkan perniagaan serta sekolah dibuka semula. Perkara itu dibuat selepas jumlah kes positif menurun di antara satu hingga dua kes sehari.

Bagaimanapun, selepas 26 hari kemudian, kawasan tersebut telah menerima 135 kes baru dalam masa satu minggu. Hal itu membuatkan mereka mengambil keputusan utuk mengenakan kembali perintah berkurung.

Pengerusi Persatuan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase berkata kepada portal TIME bahawa beliau agak menyesal dan mereka tidak sepatutnya menarik balik perintah tersebut.

Sumber: dailymail.co.uk