Pemain Manchester United tengah 'off season', tapi salah seorang pemain pertahanannya tetap sibuk. Akhbar Sweden melaporkan Victor Lindelof telah membantu menangkap seorang pencuri.
Kejadian berlaku apabila beg tangan seorang wanita berusia 90 tahun diragut dan kebetulan Lindelof berada berhampiran dengan insiden itu. Lindelof tanpa berfikir panjang terus mengejar pencuri terbabit dan menahannya sehingga polis hadir.
Polis mengesahkan bahawa terdapat seorang lelaki berbuat demikian namun tidak mendedahkan nama lelaki tersebut. Manchester United pula masih belum keluarkan sebarang kenyataan walaupun telah dihubungi media.
Murni sungguh hati Lindelof ni membantu warga emas. Bukan macam seorang lagi pemain United yang tengah tunggu pendengaran kes mahkamah dia tu kan? Oops...
Oleh : Karami Kamel